Su@Ra Hati

Su@Ra Hati
Jual Barangan Murah

Sunday, April 17, 2011

Kisah sedih : " yang telah dilupakan"

Kami telah mengharungi hidup ini bersama-sama hampir 1 tahun setengah,aku akui tempoh itu adalah singkat, namun apakan daya dia inginkan pembaharuan pada dirinya.Ingin aku singkapkan kembali bagaimana perjalan hidup aku dengannya.

kami bertemu di kedai cermin mata optical yang bernama kedai cahaya. pada masa itu dia datang bersama-sama rakan-rakannya yang lain, aku disitu hanya melihat kerenahnya yang sedang sibuk memilih cermin mata, di dalam hatiku berkata tidak lah banyak songeh mana dia untuk memilih cermin mata ini. Aku hanya melihat gelagatnya. Dia mengeluarka cermin mata lamanya, aku lihat cermin matanya masih elok lagi, tapi mungkin dia sudah tidak berminat pada cermin mata tersebut...kasihan aku melihat cermin mata tersebut...

sejak pertemuan kami di kedai cermin mata itu, aku dan dia menjadi erat, pergi kemana-mana sentiasa bersama, dia menjaga aku dengan baik, tidak pernah berkasar katanya aku elok, aku sesuai dengannya...aku sering membantunya dalam pelajaran...dia begitu menghargai aku....

setelah 1 tahun setengah masa berlalu, aku terdengar dia mengutarakan sesuatu kepada rakan-rakannya, dia mahu menyingkirkan aku dari hidupnya, katanya dia telah berkenan kepada yang lain yang lebih bergaya daripa aku..aku sedih, tapi aku tahu mmg perjalanan ku dengannya tidak lama..adakah nasibku sperti yang terdahulu, hanya disimpan dan hanya diguna pakai apibila diperlukan...itulah nasib aku sang cermin mata yang bernama Swatch..tuanku berminat kepada kaca mata baru yang bernama Forest....huhuhu

"aku teringin lama dah FOREST tu...cntik....mau RM300 lebih"

No comments:

Post a Comment