Su@Ra Hati

Su@Ra Hati
Jual Barangan Murah

Saturday, January 22, 2011

Maksud Kemahiran Sosial dan Tingkah laku_PKU 3106


 PKU3106
      
     Kemahiran sosial didefinisikan sebagai tingkah laku yang bersesuaian untuk berinteraksi di rumah, sekolah dan bersama masyarakat. 

      Sesetengah pendidik merujuk kemahiran sosial sebagai  keupayaan sosial individu yang mampu mencapai kejayaan tanpa menggangu orang lain. 
     
      Selain itu, kemahiran sosial juga dapat dikatakan sebagai pengumpulan tingkah laku seseorang yang membolehkannya berinteraksi dengan persekitaran. Terdapat beberapa aspek dalam kemahiran sosial iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran asertif, kemahiran bergaul, kemahiran menyelesaikan masalah dan lain-lain lagi. 
      
       Tujuan pentaksiran kemahiran sosial adalah untuk mengenalpasti murid yang mempunyai kelemahan dalam bersosial. Prosedur pentaksiran kemahiran sosial yang biasa digunakan di luar negara ialah (a)pengukuran sosiometrik, (b)penilaian oleh guru, (c)ujian ’role-play’ dan (d)pemerhatian langsung. Penguasaan dalam kemahiran sosial adalah amat penting kerana ia membantu murid dalam proses P&P dan kehidupan seharian mereka. 

      Kemahiran sosial membolehkan mereka berinteraksi dan menjaga hubungan antara masyarakat dengan baik dan bersesuaian mengikut golongan. Kemahiran ini juga membantu mereka dalam menyesuaikan diri dalam pelbagai aktiviti sosial yang melibatkan orang lain. Mereka juga akan mengetahui cara yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang lain mengikut intonasi suara, gerak geri, mimik muka dan emosi yang betul. Sekiranya mereka gagal menguasai kemahiran ini, ia akan menyebabkan timbulnya perasaan rendah diri, mengasingkan diri dari orang lain dan menyebabkan kemurungan.

            Kemahiran tingkah laku ialah melibatkan perangai, kelakuan dan cara seseorang itu membawa penampilan dirinya. Ia merupakan karektor asas benda hidup kerana setiap benda hidup di dunia ini mempunyai perwatakan yang tersendiri. 

        Faktor utama yang mempengaruhi tingkah laku ialah melalui persekitaran. Sekiranya seseorang itu dibesarkan dalam persekitaran yang aman dan harmoni, maka dia akan berkelakuan baik serta bertamadun. Sebaliknya, sekiranya seseorang itu dibesatkan dalam suasana berpecah belah seperti peperangan, kemungkinan besar dia akan menjadi seorang yang kasar dan panas baran. Walaubagaimanapun, tingkah laku berubah menerusi pembelajaran. Tingkah laku manusia akan berubah apabila mereka menjadi semakin terpelajar.

No comments:

Post a Comment