Su@Ra Hati

Su@Ra Hati
Jual Barangan Murah

Sunday, January 8, 2012

RESEPI APAM POLKADOT

Warna warni cm best jer.....
blik nati nak cuba....
lang pun cakap nak cuba..kalau jadi lang kata nak buat hantaran tunang dia..



Apam Polkadot
Sumber : Sheely MyResipi

Bahan-bahan: (untuk 50 biji papercup medium)
3 biji telur - dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar @ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling - blueberry @ strawberry @ apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dalam 6-8 minit lebih kurang.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas - setengah sahaja
letakkan filling secukupnya, nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan.
5. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
6. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan, kemudian kukus selama 10 - 15minit @ sehingga masak

NOTA KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR

kemahiran mendengar
PENGENALAN
Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di peringkat kanak-kanak dan dewasa. Barker (1971) telah menjalankan satu kajian terhadap kemahiran pendengaran. Hasil daripada kajian itu, beliau merumuskan, dalam keadaan manusia itu sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan 9% menulis. Ini menunjukkan proses pendengaran berperanan penting dalam komunikasi. Burley-Alen (1982) dalam kajiannya mendapati peratus mendengar bertambah sehingga 60% bagi kehidupan pelajar sekolah menengah. Guru-guru menyatakan proses mendengar merupakan proses paling utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Proses mendengar menjadi perkara utama bagi mahasiswa universiti. Ini kerana proses pengajaran di universiti biasanya secara kuliah dan pensyarah tidak memberi banyak peluang kepada mahasiswa untuk mengemukakan pertanyaan. Keadaan ini mengambarkan betapa perlunya seseorang mahasiswa mendengar bersungguh-sungguh ketika kuliah diberikan.
Anderson et al. (1969) menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada kaedah pengajaran di universiti adalah dengan mendengar kuliah. Barker (1971:I) menyatakan bahawa proses pendengaran dalam pengajaran di universiti adalah antara 50% - 100%.






DEFINISI
Mengikut Chuah (1987) terdapat perbezaan yang besar antara proses mendegnar dan dengar. Ini bolehlah disamakan dengan penerangan Barker (1971) yang boleh dirumuskan sebagai mendengar adalah suatu proses yang aktif dan dengar adalah satu proses yang pasif.
Pendengaran yang aktif merangkumi proses mendengar dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik. Mengikut Chuah (1987) dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi.
Mendengar secara aktif bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan telinga, tetapi kepada kesemua pancaindera, terutama penglihatan, iaitu menerusi komunikasi tidak verbal.
Dari segi kaunseling, mendengar yang terbaik adalah dengan mendengar secara empati isitu mendengar dengan menjiwai apa yang didengar oleh sebab dari sini timbul celik akal. Apabila hal ini terhasil maka para pelajar akan mencapai tahap nirwana kendiri, yang akhirnya dapat merealisasi dan menggunakan keupayaan dan intelektual secara maksimum dalam proses pembelajaran.
Mendengar adalah perbuatan yang menggunakan organ telinga bersamping dengan saraf pendengaran di otak. Tetapi perbuatan ini mesti dilatih dengan betul supaya proses pendengaran dapat dilakukan dengan betul.


Devine (1981) menyatakan bahawa dengan mendengar bukan sahaja menumpukan sepenuhnya perhatian tetapi melibatkan motivasi dan keadaan fizikal emosi yang mempengaruhi proses pendengaran itu sendiri.
Proses mendengar berkait secara terus dengan proses berfikir. Berfikir dalam konteks ini melibatkan penggunaan proses mental dalam melakukan inference, mengagakkan hasil, generalisasi, organisasi dan dalam membuat rumusan.


PROSES MENDENGAR
Proses mendengar boleh dibahagikan kepada empat peringkat:
a) Mendengar deretan bunyi bahasa
Individu mendengar bunyi dari unsur-unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan maksud tertentu. Bunyi itu dapat didengar setelah ia dapat dikesan dari mana arah datangnya. Pada peringkat permulaan mendengar, hanya bunyi-bunyi yang jelas dan lantang sahaja yang dapat dikesan. Setelah mendegnar beberapa kali, barulah deretan bunyi itu didengar secara total. Proses ini hanya ditujukan kepada individu yang mempunyai alat artikulasi dan pancaindera dengar yang normal.

b) Memahami bunyi tersebut
Sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. Apabila deretan bunyi didengarkan dan diikuti dengan tingkah laku tertentu dari penutur, pendengar akan berhubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan deretan bunyi tersebut. Dalam perkataan lain, pendengar akan menghubungkaitkan benda yang dimaksudkan, atau tingkah laku yang dilakukann dengan bunyi yang dilafazkan. Proses ini yang berukangkali dilakukan akan menjadi kebiasaan kepada pendengar.





c) Di peringkat ini pendengar menguasai makna beberapa deretan bunyi. Ia dapat memahami persamaan erti dan kelainan makna antara satu deretan bunyi dengan deretan bunyi yang lain, antara satu rangkai kata dengan satu rangkai kata yang lain dalam bahasa yang sama. Misalnya, bunyi yang menggunakan intonasi yang tinggi lagi keras menandakan perasaan marah. Bunyi yang menggunakan intonasi lemah melambangkan tanda manja, sedih, simpati dan sebagainya. Pendek kata, pendengar yang baik akan faham dan mengerti maksud setiap ujuran yang dilafazkan. Mereka bukan shaja boleh memaham malah boleh juga membuat interpretasi daripadanya.

d) Bertindak terhadap bunyi
Peringkat ini hanya akan terlaksana setelah pendengar melalui ketiga-tiga peringkat tadi. Waktu pendengar akan membuat rumusan dan keputusan. Ia akan melakukan sesuatu setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.


JENIS KEMAHIRAN MENDENGAR
Kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada dua jenis:


a) Mendengar secara intensif
Mendengar jenis ini dilakukan melalui latihan dan aktiviti yang formal yang biasanya dilaksanakan di bawah kelolaan dan pengawasan guru. Mendengar secara intensif boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama ia menekankan kepada latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci. Kedua, ia menekankan kepada latihan mendengar bahasa yang dituturkan.

Latihan berpusatkan kepada kefahaman makna

Latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci boleh dijalankan dalam berbagai-bagai cara. Antaranya ialah:
i) Mendengar arahan
Murid-murid mendengar arahan yang diberi dan bertindak balas terhadapnya. Arahan itu boleh diberi oleh guru, ketua murid, guru besar, ketua darjah atau rakan-rakan mereka sendiri. Biasanya, murid-murid yang dapat mendengar dengan baik akan dapat memahami maksud yang didengarnya itu dan cepat dan dapat pula segera bertindak terhadapnya. Murid-murid seperti ini dapat menghasilkan sesuatu tindak balas secara tepat dan berkesan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah melengkapkan peta, membuat corak, mencari jalan pada peta sesebuah bandar dan sebagainya.

ii) Menjawab soalan kefahaman
Murid-murid mendengar soalan yang dikemukakan dan kemudian diminta mengenal pasti jawapan yang diperlukan. Jawapan-jawapan tersebut kemungkinan berbentuk fakta dan biasanya boleh diperoleh daripada petikan yang diberi. Berbagai-bagai aktiviti boleh dilakukan oleh murid-murid. Antaranya ialah memberi penerangan, memberi makna, membuat huraian, menyatakan sebab, menjelaskan sesuatu, membuat taksiran, membuat andaian interential, memberi komen dan sebagainya.

iii) Mendengar untuk mendapatkan maklumat
Dalam latihan ini perhatian murid-murid ditumpukan kepada bahagian-bahagian tertentu daripada apa yang mereka dengar. Latihan ini amat baik untuk melatih murid-murid mendengar dengan teliti maklumat-maklumat yang berkenaan sahaja dan mengenepikan yang lainnya. Banyak aktiviti yang boleh dijalankan oleh murid-murid. Antaranya ialah mendengar tentang cara untuk membuat kuih, mendengar dari seorang jurujual mengenai sebuah kereta yang akan dibeli, mendengar dn mendapatkan maklumat tentang rumah yang akan dibeli, mendengar dn mendapatkan maklumat maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh orang tetentu dalam seminggu dan sebagainya.

iv) Membuat ringkasan
Murid-murid mendengar sesuatu petikan dan kemudian membuat ringkasna tentang apa yang telah didengarnya. Petikan itu mungkin boleh dibaca atau dirakam terlebih dahulu. Murid-murid diminta membuat catatan isi-isi penting ketika mendengar sesuatu petikan itu. Ringkasan itu kemudiannya boleh disiapkan dalam bentuk laporan bertulis.

v) Menyelesaikan masalah
Murid-murid mendengar sesuatu maslah dan kemudian diminta berbincang bersama-sama rakan mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Murid-murid pada mulanua diminta mendengar masalah itu dengan teliti. Setelah dapat memahami meksudnya, mereka diminta mencari punca masalah tersebut dan selepas itu mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. Kadangkala murid-murid diminta memberi penerangan atau mentafsirkan tajuk-tajuk rangsangan secara bernas dan logik. Misalnya, 'Semua orang Melayu bolehbertutur Bahasa Melayu, tetapi bukan semua orang Melayu'. Tajuk seperti ini boleh menggalakkan kemahiran mendengar secara intensif.

Kemahiran Bertutur
Kemahiran Bertutur
Kemahiran Bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada keyakinan pelajar untuk bertutur serta penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.
Kecekapan berbahasa bagi kemahiran bertutur adalah seperti berikut:
a. Menyebut sesuatu perkataan dengan sebutan yang betul.
b. Bertutur dengan fasih dan dapat memberi pendapat serta pandangan dengan jelas untuk melibatkan diri dalam interaksi sosial.
c. Berbual dan berbincang tentang kehidupan yang berkaitan dengan diri, keluarga, dan masyarakat dengan menggunakan sebutan serta intonasi yang betul.
d. Menyoal untuk mendapatkan maklumat dengan mengemukakan soalan secara jelas dan sopan.
e. Menjawab secara spontan tentang sesuatu perkara atau isu yang dikemukakan terhadapnya.
Kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran bertutur di kalangan pelajar:
a. Mengadakan latih tubi sebutan untuk membetulkan kesalahan penyebutan yang telah dikenal pasti.
b. Perbualan secara terpimpin, dialog, dan soal jawab boleh dijalankan untuk memberi peluang kepada pelajar bercakap tanpa perasaan segan, takut, dan bosan.
c. Mempersembahkan satu daya kreatif berdasarkan skrip yang sedia ada atau yang dicipta oleh pelajar sendiri.
d. Mengadakan pertandingan bercerita, perbahasan, forum, temu ramah, ceramah, syarahan, dan sebagainya.
f. Membincangkan berita dan peristiwa semasa, membincang isi yang terdapat dalam satu gambar bersiri, membincang aspek-aspek satu filem atau slaid yang telah diperlihatkan.
Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepadabahasa formal dan tak formal.
Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.
Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya.
Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkanragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal

Sunday, July 24, 2011

Kisah si Kecil...si Hunder sindrom

AWAS ! HUNTER SINDROM Penyakit Genetik Ancam Kanak-Kanak Lelaki Thursday, 14 April 2011 10:28

Amir dilahirkan dalam keadaa yang normal tanpa sebarang masalah kesihatan. Sebagai anak tunggal dalam keluarga, pastinya Amir ditatang bagai minyak yang penuh. Setiap perkembangan Amir diberi perhatian oleh kedua ibu bapanya, Amsyar dan Munirah. Sperti kanak-kanak lain, Amir membesar dengan sihat dan cergas. Namun, segalanya berubah saat usia Amir menginjat ke dua tahun.

Secara perlahan-lahan, Amir semakin sukar mengawal pergerakannya. Tubuhnya semakin lemah dan tidak secergas dahulu. Malah, raut wajahnya semakin berubah. Dahinya semakin besar dan meluas. Jari-jemarinya yang dahulu comelkini semakin membulat. Perubahan tersebut amat membimbangkan Amsyar dan Munirah, lantas Amir dibawa ke hospital. Setelah kajian dan pemeriksaan dilakukan, doctor mengesahkan bahawa Amir menghidap penyakit HUNTER SYNDROME ataupun MUCOPOLYSACCHARIDOSIS II (MPSII).

Hunter Syndrome menrupakan penyakit yang disebabkan oleh kekacauan genetic yang serius. Menurut Dr. Roliza Ibrahim, Konsultan Pediatrik Pusat Perubatan Pakar, Darul Ehsan, kebiasaannya ibu merupakan pembawa kepada genetic ini dan akan menuunkannya kepada anak lelaki yang dilahirkan.

“Ibu membawa gen XX manakala bapa pula membawa gen XY. Sekiranya si anak menerima salah satu dari gen ibu yang mengalami sindrom ini, maka si anak akan menghidap penyakit ini dan sekiranya anak perempuan pula menerima gen tersebut, dia akan jadi pembawa. Kebiasaanya, potensi untuk si anak menerima gen tersebut seterusnya menghidap Hunter Syndrome adalah 50-50,” terang Dr. Roliza panjang lebar. Jika dikupas secara terperinci, sindrom ini terjadi akibat daripada enzimyang diperlukan bagi memecahkan molekul Glycosaminoglycansa (GAG) hilang atau tidak berfungsi.

“Apabila keadaan ini berlaku, kesemua molekul tersebut tidak dapat dipecahkan untuk dihantar ke tubuh dan terus terkumpuldi mana-mana ruang tubuh samada pada sendi, organ dalaman dan sebagainya. Keadaan inilah yang menyebabkanperubahan fizikal pada si kecil. Biasanya semakin banyak pengumpulan GAG, semakin ketara perubahan fizikal pada si kecil,” tambah Dr. Roliza lagi. Menurut Dr. Roliza, simptom-simptom bagi penyakit ini amat sukar untuk dikesan pada si kecil kerana kebiasaannya simptom-simptom tersebut wujud dalam bentuk penyakit-penyakit yang biasa menyerang kanak-kanak.

“Memang sukar untuk mengesan penyakit ini melainkan si kecil mula mengalami perubahan fizikal. Ini kerana simptom-simptom tersebut adalah masalah kesihatan yang biasa seperti selsema, demam, sakit teling dan sebagainya. “Pelbagai kesan terhadap kesihatan si kecil yang mengalami masalah ini boleh berlaku. Ini berlaku apabila terlalu banyak molekul GAG yang terkumpul pada bahagian tubuh kecil. “Sekiranya banyak molekul GAG yangterkumpul pada injapjantung si kecil, maka si kecil akan mengalami masalah jantung dah pernafasan akibat penurunan fungsi kardiak. Selain itu, si kecil juga berpotensi mengalami masalah bengkak hati dan limpa,” terang Dr. Roliza lanjut.

Tatkala bercerita tentang rawatan untuk penyakit ini, Dr. Roliza mengesahkan bahawa setakat inimasih belum ada penawar bagi penyakit genetic ini. “Namun begitu, terdapat rawatan yang boleh dilakukan bagi mengurangakan kesan sindrom tersebut iaitu pemindahan sum-sum tulang dan juga Enzyme Replacement Therapy (ERT),” terang Dr. Roliza.

Sunday, April 17, 2011

Kisah sedih : " yang telah dilupakan"

Kami telah mengharungi hidup ini bersama-sama hampir 1 tahun setengah,aku akui tempoh itu adalah singkat, namun apakan daya dia inginkan pembaharuan pada dirinya.Ingin aku singkapkan kembali bagaimana perjalan hidup aku dengannya.

kami bertemu di kedai cermin mata optical yang bernama kedai cahaya. pada masa itu dia datang bersama-sama rakan-rakannya yang lain, aku disitu hanya melihat kerenahnya yang sedang sibuk memilih cermin mata, di dalam hatiku berkata tidak lah banyak songeh mana dia untuk memilih cermin mata ini. Aku hanya melihat gelagatnya. Dia mengeluarka cermin mata lamanya, aku lihat cermin matanya masih elok lagi, tapi mungkin dia sudah tidak berminat pada cermin mata tersebut...kasihan aku melihat cermin mata tersebut...

sejak pertemuan kami di kedai cermin mata itu, aku dan dia menjadi erat, pergi kemana-mana sentiasa bersama, dia menjaga aku dengan baik, tidak pernah berkasar katanya aku elok, aku sesuai dengannya...aku sering membantunya dalam pelajaran...dia begitu menghargai aku....

setelah 1 tahun setengah masa berlalu, aku terdengar dia mengutarakan sesuatu kepada rakan-rakannya, dia mahu menyingkirkan aku dari hidupnya, katanya dia telah berkenan kepada yang lain yang lebih bergaya daripa aku..aku sedih, tapi aku tahu mmg perjalanan ku dengannya tidak lama..adakah nasibku sperti yang terdahulu, hanya disimpan dan hanya diguna pakai apibila diperlukan...itulah nasib aku sang cermin mata yang bernama Swatch..tuanku berminat kepada kaca mata baru yang bernama Forest....huhuhu

"aku teringin lama dah FOREST tu...cntik....mau RM300 lebih"

Saturday, April 9, 2011

???? always in ur mind.....walk together...

how to be?
how to believe?
what to do?
Who I want to belive?
Why her?
Why not me?
where to go?
when to laugh?
when to cry?
when to smile?
what to wear?
when to speak?
How to start?
where are you?
Why you sad?
what I want to eat today?
How I can go there?
How to pay?
How to buy?
How to use?

....Everything in ur mind...going messy....
go to bed N relax ur mind, U also can go to excersice....

p/s: Nonsense....huhu..Im bore

Im Back...!! no action, no reaction..im blur..

Lama ak x singgah blog ak nie...
im quite buzy....lot of assgmnt....
skng kita ckp pasal MUET....
We spell it M.U.E.T...follow me...huhu, M.U.E.T..quite carzy I think..
Im wori about diz...xspecilly in listening, writing...I think all of the test make me want back to the primary school...Very mess...horror...what elze?...not juz me..but all the candidate...actually, who are the good in english not worry about the muet...dush2x..!!

Ok, we are talking about the preparation of the muet test..
Im only focus on the speaking....becaoz it is the first test...
I have taking it by 3 years ago..I think...hahah, not bad...

Tips:..I think...

1. individually...
a. must confident
b. elobrate the point clearly
c. the point based on the task given.
d. must speak clearly
e. must have 2 or 3 point...
f. give your opinion in two minutes.
( don't forget to great the examiner)

2. Grouping : more to dicussion
a. someone who start must give the introductionn of topic.
b. the discussion is based on the task given/ topic.
c. everyone must elobrate thei own point first.
d. must have cooparation in the discussion- ahaha..don't be selfish at this time..it will effect to ur mark..( my lecture said)
e. discuss the best solution / the best point to close ur dicussion.
f. the importhant thing in this dicussion is all candidate help each other....


*p/s: actually I also remind my self about this...

Saturday, February 12, 2011

Dan Bila Esok

Lirik Dan Bila Esok - Sofaz

Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu

Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya